Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

INFO TLDM
Panglima
Sejarah
Peranan
Organisasi
Armada
Kerjaya
Pangkat
Lencana Kepakaran
Markas/Pangkalan

diambil dan diubsuai daripada LamanWeb M.Zainuddin

KERJAYA DI DALAM TLDM

Adalah lebih baik jika dapat berbual dan berbincang dengan seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang kehidupan di dalam TLDM. Untuk itu Sel Promosi Kerjaya telah ditubuhkan di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur bagi melayani sebarang pertanyaan atau persoalan yang mungkin menjadi kekusutan mengenai TLDM.

Langkah seterusnya yang harus diambil oleh anda adalah menghadiri temuduga pemilihan yang sering diadakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sebagaimana yang diiklankan di akhbar-akhbar tempatan. Buat masa ini pengambilan dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Di antara syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk pemilihan adalah :

SYARAT-SYARAT UMUM

Warganegara Malaysia

Kesihatan - Sihat, baik penglihatan dan tidak rabun warna

Tinggi (Minimum)

Lelaki - 162 sm

Wanita - 157 sm

Berat (Minimum)

Lelaki - 50 kg

Wanita - 45 kg

Ukuran dada (Lelaki sahaja)

Biasa - 76.2 sm

Tarik Nafas - 81.2 sm

PEGAWAI

Umur :

Pegawai Kadet : 18 – 25 tahun

Pegawai Kadet ATMA : 17 – 20 tahun

Pegawai Graduan : Tidak melebihi 27 tahun

Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas : Tidak melebihi 27 tahun

LAIN-LAIN PANGKAT

UMUR : 18 – 23 tahun

KELAYAKAN AKADEMIK

Pegawai Kadet

Lulus SPM

Pangkat 1 atau 2

Kepujian B. Melayu, Matematik, Sains Am atau Lulus Fizik atau Kimia dan B.
Inggeris.

Pegawai Kadet ATMA

Lulus SPM

Pangkat 1 atau 2

Kepujian B. Melayu, Matematik dan 3 mata pelajaran lain.

Pegawai Graduan

Cawangan Pelaut – Lulus sebarang Ijazah/Diploma – Keutamaan bidang
Sains.

Cawangan Bekalan & Urusetia – Lulus sebarang Ijazah/Diploma dalam
bidang Ekonomi, Perakaunan,
Undang-undang, Pengurusan, Perniagaan,
Statistik, Sains Sosial dan Sains
Komputer yang diiktiraf oleh JPA.

Mendapat kepujian di dalam mata pelajaran B. Melayu, B. Inggeris dan
Matematik di peringkat SPM.

Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas

Memiliki ijazah dalam jurusan kejuruteraan yang diiktiraf oleh JPA.

Kepujian dalam B. Melayu, B. Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.

Anggota LLP

Tamat tingkatan 5 di sekolah yang dibantu oleh kerajaan.

KEPAKARAN YANG MANAKAH UNTUK ANDA?

Kepakaran Bagi Lain-Lain Pangkat



Manakala bagi kepakaran pegawai pula adalah seperti berikut:

a. Navigasi g. Penyelam

b. Hidrografi h. Pasukan Khas Laut (PASKAL)

c. Persenjataan i. Bekalan & Urusetia

d. Juruterbang j. Kejuruteraan

e. Komunikasi

f. Anti Kapal Selam dan Ranjau

 

GAJI DAN ELAUN TLDM

Pegawai

Gaji Permulaan Skim Kadet

RM 920.00

Gaji Permulaan Graduan

a. Diploma - RM 1030.00

b. Ijazah - RM 1170.00

c. Ijazah Kepujian - RM 1245.00

d. Tugas Ikhtisas - Ikut Kelayakan

Gaji Permulaan Lain-lain Pangkat

RM 500.00

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Markas Palapes Laut, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai.
Telefon: 07-5530183/84 Faks: 07-5530182 Emel: palapes_laut@utm.my
© Hakcipta Terpelihara Palapes Laut UTM.