Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

INFO TLDM
Panglima
Sejarah
Peranan
Organisasi
Armada
Kerjaya
Pangkat
Lencana Kepakaran
Markas/Pangkalan

diambil dan diubsuai daripada LamanWeb M.Zainuddin

Markas / Pangkalan TLDM

  1. Department Tentera Laut (KEMENTAH, Kuala Lumpur)
  2. Markas Panglima Armada TLDM (Lumut, Perak)
  3. Markas Panglima Material Armada (Lumut, Perak)
  4. Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan, Pahang) dan
  5. Markas Panglima Wilayah Laut 2 (WP. Labuan).

Department Tentera Laut (KEMENTAH, Kuala Lumpur).
Bertanggungjawab dalam aspek kecekapan, moral dan tatatertib, rancangan latihan-latihan, mengawal gerakan Tentera Laut dan menentukan keselamatan kukuh dalam Tentera Laut. Department ini juga bertanggungjawab memelihara pertahanan dan mengadakan rancangan keselamatan dalam negara, rancangan kerjaya, pertukaran, kenaikan pangkat untuk anggota-anggota, menentukan kelicinan pentadbiran, penilaian pengutamaan kelengkapan TLDM, membuat syor berkaitan pakaian seragam dan lain-lain perkara mengikut arahan Majlis Angkatan Tentera.

Markas Panglima Armada TLDM (Lumut, Perak ).
Bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas Wilayah Laut Satu dan Markas Wilayah Laut Dua, merancang dan menyelaras latihan kelautan/teknikal untuk kapal-kapal TLDM, menentukan Armada dan pangkalan-pangkalan di bawah naungan sentiasan mencapai kecekapan yang tinggi di dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan penilaian dan memberi bantuan material di dalam semua aspek senggaraan teknikal dan pembekalan kepada pasukan-pasukan di bawah naungan.

Markas Panglima Material Armada (Lumut, Perak).
Bertanggungjawab melaksanakna dasar-dasar tertentu yang disalurkan melalui Department Tentera Laut dan juga bertanggungjawab terus terhadap perancangan program bantuan material kepada semua unit-unit dalam TLDM. Unit ini juga menentukan organisasi-organisasi bantuan material yang diwujudkan di bawah pemerintahan dan kawalan teknikal Panglima Material Armada memberi bantuan yang berkesan. Bagi melaksanakan peranannya, beberapa unit telah ditubuhkan di bawah pemerintahannya iaitu Depot Besar Lojistik TLDM, Depot Besar Bekalan TLDM, Depot Peluru dan Letupan, Depot Senggaraan TLDM serta Degaussing dan Noise Range.

Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan, Pahang) dan Markas Panglima Wilayah Laut 2 (WP. Labuan).
Tanggungjawab markas ini ialah menentukan kecekapan operasi, latihan dan pentadbiran yang licin kapal-kapal TLDM yang berada di bawah naungannya serta menentukan peralatan dan mekanisma untuk kapal-kapal yang beroperasi sentiasa memuaskan.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Markas Palapes Laut, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai.
Telefon: 07-5530183/84 Faks: 07-5530182 Emel: palapes_laut@utm.my
© Hakcipta Terpelihara Palapes Laut UTM.