Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

INFO TLDM
Panglima
Sejarah
Peranan
Organisasi
Armada
Kerjaya
Pangkat
Lencana Kepakaran
Markas/Pangkalan

diambil dan diubsuai daripada LamanWeb M.Zainuddin

PERANAN DAN TUGAS TLDM

PERANAN

1. TLDM, seperti angkatan laut yang lainnya, berperanan untuk mempertahankan
kepentingan negara. Kepentingan tersebut secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a. Kedaulatan perairan dan negara.

b. Keselamatan harta benda dan rakyat negara.

2. Sebagai sebuah negara maritim, Malaysia bergantung kepada laut untuk sumber, perhubungan, perdagangan dan keselamatan. Pentingnya laut kepada Malaysia diperkukuhkan oleh data-data Goe-Economic seperti berikut:

a. Kedudukan negara di persisiran laluan maritim yang menghubung Lautan Pasifik dan Lautan India.

b. Mempunyai Zon Ekonomi Ekslusif seluas 515,256 kilometer persegi.

c. Malaysia terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Laut China
Selatan dengan jarak lebih kurang 500 batu nautika.

d. Lebih dari 90 peratus perdagangan negara dikendalikan melalui laut.

e. Terdapat sumber perikanan dan sumber-sumber maritim lain yang banyak.

f. Hasil petroleum luar pantai berjumlah 1/6 daripada keseluruhan pendapatan negara. Jumlah rizab minyak dianggarkan sebanyak 4 billion tong.

g. Rizab gas dianggarkan berjumlah 80.2 trillion kaki padu atau dari segi penjanaan
kuasa tiga kali ganda dari minyak.

TUGAS

1. Tugas TLDM dikeseluruhan perairan adalah seperti berikut:

a. Semasa Aman.
Berlatih dan bersiapsiaga menghadapi ancaman dan peperangan, melindung
sumber luar pantai, tinjauan hodrografi dan mambantu agensi awam untuk
membenteras perlanunan dan mengkuatkuasakan undang-undang ZEE. Tugas ini
pada hakikatnya menjadi tugas utama TLDM semasa aman. Selain itu TLDM
juga memberi bantuan di dalam operasi-operasi Tentera Darat dan Udara,
mencari dan menyelamat dan operasi menyelamat semasa bencana alam. Secara
tidak langsung TLDM juga menyumbang kepada dasar perhubungan antarabangsa negara melalui lawatan ke negara-negara asing dimana bendera Malaysia dikibarkan.

b. Peperangan Terbatas.
Semasa peperangan terbatas, tugas TLDM meliputi operasi memusnahkan
angkatan musuh, mengawal keselamatan laluan di laut, melindungi kapal-kapal
sahabat, pertahanan pelabuhan, 'surveillance' dan mempertahanakan pelantar
minyak.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Markas Palapes Laut, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai.
Telefon: 07-5530183/84 Faks: 07-5530182 Emel: palapes_laut@utm.my
© Hakcipta Terpelihara Palapes Laut UTM.