Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

PALAPES adalah singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserve Officer Training Unit). Penubuhan PALAPES yang diusahakan oleh Brigadier Jeneral Dato'Abul'As bin Ismail, Pengarah Askar Wataniah dalam tahun 1979.

Beliau telah berusaha menemui Naib Naib Canselor universiti dan juga Pengarah ITM bagi merealisikan idea penubuhan pasukan PALAPES negara ini. Kerjasama erat dan persetujuan antara IPT, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan telah membuka satu era baru dalarn sejarah pertahanan negara.

Sebenamya, sumbangan mahasiswa dalam pertahanan negara bermula sejak tahun 1965 semasa konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia. Pada ketika itu Universiti Malaya telah menubuhkan Batalion Infrantri Askar Wataniah universiti Malaya pada April 1965 bagi menyahut seruan mempertahankan negara dari ancaman luar.

Negara sekali lagi diancarn semasa meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dalarn hal ini mahasiswa sekali lagi tampil ke hadapan dengan tertubuhnya Batalion Infrantri ITM(RAW). Markas dan Kompeni A terletak di ITM manakala Kompenii B di Kolej Pertanian, Serdang yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia(UPM). Kornpeni C ditubuhkan selanjutnya di UKM. Daripada detik ini, PALAPES telah ditubuhkan sebagai salah satu program nasional melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari IPTA di dalam bidang ketenteraan.

Secara rasminya PALAPES di UM, UKM, UPM, dan ITM (kini dikenali sebagai UiTM) ditubuhkan pada bulan Februari 1980, PALAPES USM pada Jun 1980, PALAP9S UUM pada Mei 1984, PALAPES UTM pada April 1990, PALAPES UMS pada November 1996 dan PALAPES UNIMAS pada Julai 1997.

Pada peringkat awal, PALAPES ditubuhkan bertujuan untuk menampung keperluan pegawai di dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat. Pada masa kini terdapat kecenderungan untuk menjadikan PALAPES sebagai satu sumber membekalkan pegawai dalam pelbagai perkhidmatan sama ada sebagai pegawai tetap atau pegawai tauliah jangka pendek dalam Angkatan Tentera Malaysia ataupun sebagai pegawai sukarela di dalam Rejimen Askar Wataniah.

PALAPES juga merupakan sebahagiandari program pertahanan negara dalam menambahkan kekuatan tentera iaitu untuk mencapai nisbah tiga anggota simpanan bagi setiap anggota tetap menjelang tahun 2020.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Markas Palapes Laut, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai.
Telefon: 07-5530183/84 Faks: 07-5530182 Emel: palapes_laut@utm.my
© Hakcipta Terpelihara Palapes Laut UTM.