Markas / Pangkalan TLDM
-
Department Tentera Laut (KEMENTAH, Kuala Lumpur)
-
Markas Panglima Armada TLDM (Lumut, Perak)
-
Markas Panglima Material Armada (Lumut, Perak)
-
Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan, Pahang)
dan
-
Markas Panglima Wilayah Laut 2 (WP. Labuan).
Department Tentera Laut (KEMENTAH, Kuala
Lumpur).
Bertanggungjawab dalam aspek kecekapan, moral dan tatatertib, rancangan
latihan-latihan, mengawal gerakan Tentera Laut dan menentukan keselamatan
kukuh dalam Tentera Laut. Department ini juga bertanggungjawab memelihara
pertahanan dan mengadakan rancangan keselamatan dalam negara, rancangan
kerjaya, pertukaran, kenaikan pangkat untuk anggota-anggota, menentukan
kelicinan pentadbiran, penilaian pengutamaan kelengkapan TLDM, membuat
syor berkaitan pakaian seragam dan lain-lain perkara mengikut arahan
Majlis Angkatan Tentera.
Markas Panglima Armada TLDM (Lumut, Perak
).
Bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas
Wilayah Laut Satu dan Markas Wilayah Laut Dua, merancang dan menyelaras
latihan kelautan/teknikal untuk kapal-kapal TLDM, menentukan Armada
dan pangkalan-pangkalan di bawah naungan sentiasan mencapai kecekapan
yang tinggi di dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan penilaian
dan memberi bantuan material di dalam semua aspek senggaraan teknikal
dan pembekalan kepada pasukan-pasukan di bawah naungan.
Markas Panglima Material Armada (Lumut,
Perak).
Bertanggungjawab melaksanakna dasar-dasar tertentu yang disalurkan
melalui Department Tentera Laut dan juga bertanggungjawab terus terhadap
perancangan program bantuan material kepada semua unit-unit dalam
TLDM. Unit ini juga menentukan organisasi-organisasi bantuan material
yang diwujudkan di bawah pemerintahan dan kawalan teknikal Panglima
Material Armada memberi bantuan yang berkesan. Bagi melaksanakan peranannya,
beberapa unit telah ditubuhkan di bawah pemerintahannya iaitu Depot
Besar Lojistik TLDM, Depot Besar Bekalan TLDM, Depot Peluru dan Letupan,
Depot Senggaraan TLDM serta Degaussing dan Noise Range.
Markas Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan,
Pahang) dan Markas Panglima Wilayah Laut 2 (WP. Labuan).
Tanggungjawab markas ini ialah menentukan kecekapan operasi, latihan
dan pentadbiran yang licin kapal-kapal TLDM yang berada di bawah naungannya
serta menentukan peralatan dan mekanisma untuk kapal-kapal yang beroperasi
sentiasa memuaskan.