Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

INFO TLDM
Panglima
Sejarah
Peranan
Organisasi
Armada
Kerjaya
Pangkat
Lencana Kepakaran
Markas/Pangkalan

diambil dan diubsuai daripada LamanWeb M.Zainuddin

PANGLIMA TENTERA LAUT

Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abubakar
PSAT PJN DSNS PAT JMN DNS KMN PPA PPM MA psc

Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abubakar mendapat pendidikan awal dari Sekolah Tunku Besar, Tampin dan Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, Malaysia. Beliau memasuki perkhidmatan Angkatan Tentera pada tahun 1965 dan menjalani latihan kadet di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, England. Beliau telah mengikuti berbagai kursus kerjaya di luar dan di dalam negara, termasuk Kursus Komunikasi di Britain dan Kursus Staf di Naval War College, Amerika Syarikat.

Sepanjang perkhidmatannya Laksamana Datuk Mohd Ramly telah memegang berbagai jawatan baik di kapal mahupun di darat. Beliau pernah memerintah kapal ronda KD KRIS, kapal pembinasa laju (misil) KD SERANG, kapal frigat KD HANG TUAH dan korvet KD LEKIR. Beliau juga pernah ditugaskan sebagai Pegawai Staf Perisikan, Pegawai Staf Komunikasi, Pengarah Rancang dan Pembangunan TLDM, Ketua Staf Markas Armada, Pegawai Memerintah KD PELANDOK, Asisten Ketua Staf Komunikasi dan Elektronik Pertahanan, Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan dan sebagai Panglima Armada TLDM. Beliau mula memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 31 Dis 1999 dan kini dinaikkan ke jawatan Panglima Tentera Laut mulai 13 Ogos 2002.

Laksamana Datuk Mohd Ramly telah mengikuti pengajian sains politik di Lancaster University, England dan dianugerahkan “Diploma in Politics” dan ijazah sarjana “Master of Arts in International Relations and Strategic Studies”. Ekoran penglibatannya di bidang akademik, beliau juga seorang alumni Georgetown University, Washington D.C. dan John F. Kennedy School of Government, Harvard University, Amerika Syarikat.

Bagi mengiktiraf perkhidmatannya Laksamana Datuk Mohd Ramly telah dianugerahkan dengan, antara lain, Darjah Kebesaran Angkatan Tentera, Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Darjah Kebesaran persekutuan Panglima Jasa Negara (PJN) dan Darjah Kebesaran negeri Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS).

Laksamana Datuk Mohd Ramly mendirikan rumah tangga dengan Datin Rohani Abdullah pada tahun 1972 dan dikurniakan dua orang anak lelaki kini berumur 27 dan 23 tahun. Beliau minat membaca, berenang dan bermain golf.

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Markas Palapes Laut, UniversitiTeknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai.
Telefon: 07-5530183/84 Faks: 07-5530182 Emel: palapes_laut@utm.my
© Hakcipta Terpelihara Palapes Laut UTM.